|
F.K. Capital Berhad kini telah mencapai kejayaan yang amat cemerlang! Hari ini, F.K. Capital Berhad merupakan syarikat pemberi pinjamwang berlesen dengan reputasi yang baik! F.K. Capital Berhad cukup membanggakan diri kerana memperolehi lesen pemberi pinjamwang (no. WL3237/14/01-2/150708) yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan di bawah Akta Pemberi Pinjaman 1951. F.K. Capital Berhad mula-mulanya ditubuhkan pada tahun 1991 di bawah nama F.K. Enterprise dengan fokus perniagaan yang sama. Setakat ini, pasukan pemberi pinjaman di F.K. Capital Berhad telah berpengalaman lebih daripada 17 tahun. Mereka sanggup memberi kemudahan pemberian pinjaman yang anda perlukan untuk kegunaan individu atau perniagaan secara efisien.
Berasaskan pengalaman yang bertahun-tahun serta kepelbagaian klien yang berurus niaga dengan kami, keperluan spesifik anda terhadap kemudahan pemberian pinjaman pasti dapat difahami secara lebih mendalam. Sejak mula lagi, kemudahan pemberian pinjaman kami telah direka bentuk dan dipakej semula pada kadar faedah yang boleh dibiayai untuk memenuhi keperluan anda.
Misi dan visi F.K. Capital Berhad sungguh ringkas sekali.
|
|
Mengekalkan tahap integriti yang tinggi pada setiap masa
Kami mematuhi peraturan-peraturan ketat semasa menjalankan perniagaan, agar memastikan setiap akaun pemberian pinjaman di bawah urusan kami dapat ditangani dengan seberapa profesional dan efisien yang mungkin. Memang kami sedar bahawa lebih efisien dan cekap kami menangani akaun-akaun pemberian pinjaman, lebih tinggilah keyakinan anda sebagai seorang pengguna terhadap syarikat kami.
|
|
Menyesuaikan diri dengan keperluan pelanggan
Tidak kira sama ada anda pengguna individu yang memohon pinjaman ataupun seorang peniaga yang perlukan kemudahan pemberian pinjaman, fokus kami ialah memahami keperluan anda dan menstrukturkan pakej-pakej kami untuk menyesuaikan anda! Pilihan pemberian pinjaman anda termasuk pinjaman peribadi, pinjaman pedagang kecil, pinjaman CGC, pinjaman perniagaan dan gadai janji perumahan. |
|
Kerahsiaan permohonan
Maklumat dan butir-butir peribadi semua pelanggan pemberian pinjaman kami TIDAK akan didedahkan. Maklumat anda tidak akan didedahkan kepada sebarang pihak ketiga sebelum mendapat keizinan terus daripada anda. F.K. Capital Berhad sentiasa mementingkan keyakinan serta kerahsiaan maklumat anda. |
|
Kemudahan muktamad
Kaki tangan kami sentiasa bertungkus lumus untuk memastikan proses memperolehi kemudahan pemberian pinjaman daripada kami berjalan dengan lancar dan mudah. Ini merupakan falsafah tegas dan prinsip korporat yang kami tidak pernah bertolak ansur. |
|