Pegawai-pegawai kredit kami sentiasa berada dalam barisan depan perniagaan pemberian pinjaman kami. Mereka bukan sahaja mengetuai pasukan yang memberi perkhidmatan pinjaman, bahkan juga memainkan peranan sebagai titik hubungan di antara para pengguna dengan bisnes pemberian pinjaman kami. Oleh itu, tidak hairanlah F.K. Capital Berhad begitu mengutamakan kebolehan mereka serta latihan dan keupayaan mereka menjawab soalan-soalan tentang permohonan pinjaman yang anda kemukakan.
Kesemua pegawai kredit kami berpengetahuan mendalam tentang kemudahan pemberian pinjaman kami. Segala maklumat yang berkenaan, berita-berita terkini, indeks-indeks dan khabar kemas kini daripada industri kewangan ada di hujung jari mereka. Pegawai-pegawai kredit kami juga telah menjalani latihan yang teliti serta bimbingan yang panjang lebar daripada pelbagai pusat latihan yang diiktiraf. Untuk mempertahankan imej syarikat kami sebagai peminjam wang berlesen yang diperakui di Malaysia, kami tidak akan mentoleransi dan bertolak ansur dengan kepintaran pegawai-pegawai pinjaman kami. Kami akan pastikan mereka bersedia lengkap dengan penyelesaian-penyelesaian yang memang anda perlukan.
Jelas sekali, pegawai-pegawai kredit kami juga telah dilatih untuk memberi penyelesaian dengan pantas. Kadar gerak balas pegawai-pegawai pinjaman kami begitu segera dan efisien sekali. Di samping itu, mereka juga faham akan kepentingan peranan masing-masing dalam bisnes pemberian pinjaman kami.
Jawapan pantas. Respons segera.
Laman ini juga memaparkan nombor telefon pegawai-pegawai kredit kami dan gambar dengan ID mereka yang ditentusahkan. Jangan ragu-ragu hubungi salah seorang daripada mereka untuk maklumat lanjut. Kami yakin bahawa pegawai kredit yang anda pilih tentu sekali dapat menjawab pertanyaan anda tentang pemberian pinjaman dengan mahir sekali. |