Peluang Pekerjaan

 

F.K. Capital Berhad ialah sebuah syarikat pemberian pinjaman berlesen yang diiktiraf di Malaysia. Kami sentiasa memperluaskan kemudahan pemberian pinjaman kami supaya memenuhi keperluan para pengguna. Memandangkan kadar pertumbuhan ekonomi kita masa kini, kami dapat meramalkan masa depan yang cerah bagi bisnes pemberian pinjaman kami. F. K. Capital Berhad ialah syarikat pemberian pinjaman yang amat dihormati dan berwibawa. Ia tidak harus dikelirukan dengan syarikat-syarikat pinjaman wang yang tidak berlesen. Kami menjalankan urus niaga secara sah dengan mematuhi peraturan-peraturan ketat. Oleh itu, kaki tangan kami dijanji dapat menikmati manfaat-manfaat yang tiada tandingannya di bawah syarat-syarat pengambilan pekerja kami.

Sempena dengan rancangan pengembangan serta kempen pemasaran dan promosi yang agresif, F. K. Capital sentiasa mengalu-alukan individu-individu yang bersemangat tinggi, dinamik, cerdas dan berbilang bakat untuk menghadapi cabaran dengan menceburi bidang pemberian pinjaman. Jika anda memenuhi syarat-syarat tersebut, jangan ragu-ragu menghantar resume anda melalui e-mel ke jobs@moneylenders.com.my atau hubungi kami di 03-2691 8833.

 
1.

Pegawai Kredit

 

Kemahiran komunikasi interpersonal yang cemerlang.

  Personaliti yang menyenangkan.Individu yang dinamik dan berdedikasi.
  Dynamic and dedicated individual
  Boleh bekerja secara bebas, bermotivasi dan berdaya usaha sendiri.
  Mereka yang mahir bertutur berbilang bahasa akan diberi keutamaan.
  Lesen memandu kelas ‘D’ yang sah.
  Mereka yang berpengalaman dalam sektor kewangan akan diutamakan.
   
2.

Pemungut bil

 

Personaliti yang baik.

  Berdisiplin dan sanggup mematuhi arahan.
  Lesen memandu kelas ‘B’ yang sah.
 
Copyright © 2005 F.K. CAPITAL BERHAD. All Rights Reserved.